Saturday, December 18, 2010

Salam perkenalan buat semua








SALAM sdra sdri sekelian! Nah! Seperti yang dijanjikan - ini dia blog sosial bagi kawan2 yang berkhidmat dengan akhbar Berita Harian/Berita Minggu. Buat masa ini, saya, Ahmadt atau AAT, mengendalikan blog ini. Blog ini bertujuan merapatkan silaturrahim kawan2 yang pernah dan sedang berkhidmat dengan BH/BM. Kandungannya lebih kepada berita sosial. Kalau ada kenduri kendara dan nak memberitahu rakan2, boleh masuk dalam blog ini. Kalau ada berita mengenai kelahiran mahupun kematian, pun boleh dimuatkan dalam blog ini. Buat masa ini saya tak memuatkan berita yang berat2. Kita tengok perkembangan dulu. kalau ada sambutan, mungkin boleh buat lagi satu blog khusus untuk hal2 yang berat. Oh ya, kalau nak jual-beli barang2 pun boleh masuk dalam blog ini. Ya, saya tahu bahawa barang2 yang nak dijual-beli boleh juga masuk dalam Mudah.my.  Kalau masuk ke sini, tujuannya ialah untuk memberi keutamaan kepada kawan2.

Kalau nak bagi komen, elok sebut nama sekali. Oleh kerana ini blog sosial, elok letak nama sendiri. Tak susah dan tak menyusahkan. Kalau ada sesiapa yang nak maki hamun dan mencaci cerca, ini bukan medannya. Cari blog lain. Blog ini bertujuan mengeratkan persahabatan, bukan merosakkan persahabatan. Ayuh, mari kita berkongsi ilmu, maklumat, pengalaman. Moga2 usaha kita bersama ini mendapat restuNya.

14 comments:

  1. kena baikki blog ni. kena dapat bantuan segera. kena bikin designnya lebih menarik..

    aat

    ReplyDelete
  2. salam. moga dapat diberikan satu pengenalan atau kad keahlian bergambar, moga identiti keahlian persatuan ini lebih memudahkan. Kad yang mempunyai nombor siri dan ditandatangani presiden atau diberi kuasa. semoga maju jaya.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan...tahniah...kehadiran blog ini dialu-alukan...Saya kerap menulis dalam BH...penyokong kuat BH niii..

    ReplyDelete
  4. Salam silaturrahim. Saya Rosniza Rasul (PBWBHM). Tahniah berita AGM PBWBHM di Berita Minggu muka surat 19 dan Metro Ahad muka surat 4 AGM PBWBHM mengekalkan AJK lama yang diketuai oleh Dr.Alias Mouhamed. Syabas blog ini turut dirasmikan oleh AAT khusus untuk geng-geng bersembang tapi nak tegur sikit, subhead perkataan "agresif" dalam Berita Minggu silap eja la. Patutnya "Agresif" tapi ejaan dia "Agrasif". Sila komen.

    ReplyDelete
  5. Niza..silap taip kot. Lagi pun untuk persatuan orang tua, mungkin rabun lah sikit..hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan... sihat sejahtera semuanya warga BH/BM dan bekas kakitangan serta keluarga mereka. Moga sukses dalam semua urusan serta tugas masing-masing. Tahniah juga AGM PBWBHM kekal AJK lama diterajui Dr Alias. Kena pada waktunya blog ini yang turut dilancarkan AAT bermanfaat untuk semua.
    Benar sekali blog ini dapat merapatkan silaturahim, saling berkongsi ilmu, maklumat, pengalaman, berita dan makluman.
    ... turut tertarik petikan ucapan AAT iaitu "Pemantauan rapi terhadap perkembangan wartawan Melayu tanah air bukan sahaja mampu membantu mengeratkan silaturahim dalam kalangan wartawan, tetapi turut berperanan mempertingkatkan mutu penulisan, khususnya bagi media arus perdana."

    ReplyDelete
  7. salam AAT belum ok lagi ka saya hendak tolong pun tak berapa mahir sangat.

    ReplyDelete
  8. salam... mula-mula blog ni diwujudkan atas kanan 'Followers' ada gambar rakan-rakan tapi terbaru tak ada pulak...macamana tu... hari tengok ada enam rakan baru...

    ReplyDelete
  9. salam... AAT tanya di mana kawan-kawan kita berada... jika ruangan followers iaitu kotak kanan atas tu aktif ketika mula dilancarkan mungkin kita dapat tengok gambar dan info mengenai mereka yang sertai blog ni tapi kini ruangan tu kosong saja. AAT tolong chek. terims kasih.

    ReplyDelete
  10. Saya Wak Saring dari Klang nak ucapkan kepada kawan2 lama Selamat Tahun Baru 2011 dengan doa semoga Allah SWT memberkati kita semua. Kalau ada kesudian hubungi saya, kita boleh ngeteh sambil imbas pengalaman semasa bersama dulu. Terima kasih.

    ReplyDelete