Salam Kawan-Kawan
Catatan untuk warga kerja Berita Harian/Berita Minggu, kawan2 dan semua sahabat, termasuk mereka yang pernah berkhidmat dengannya.
Wednesday, December 29, 2010
Di mana kawan-kawan kita berada?
SALAM semua! Saya minta bantuan kawan2 untuk memberi maklumat terkini mengenai bekas wartawan BH. Mungkin ada yang sudah berhijrah ke tempat lain, dan memulakan hidup baru. Bagi mereka yang sudah bersara, mereka mungkin pulang ke kampong halaman dengan kerjaya baru. Mungkin ada juga yang sudah tidak lagi bersama dengan kita di dunia pinjaman ini. Seperti yang disebut pada mesyuarat agong Persatuan Bekas Wartawan BH tempoh hari, tujuan untuk mendapat maklumat ini ialah untuk melengkapkan satu direktori. Dengan adanya direktori, kita boleh berhubung bila perlu. Harap hantar maklumat kepada blog ini supaya dapat diseneraikan. Cepat, mari kita eratkan silaturrahim ini.
Gambar: Majlis perasmian pejabat baru NSTP di Melaka kira-kira tiga bulan lalu.
Wednesday, December 22, 2010
Tolong! Tolong!
SALAM semua sahabat, rakan dan taulan! Juga pada semua warga kerja BH/BM. Blog ini masih diperbaikki. Bnyak lagi yang perlu dibuat. Saya nak muatkan gambar tetapi tak berhasil. Dah cuba berpuluh kali. Blog ini menggunakan format baru. Kalau guna format lama seperti blog saya Pahit Manis, semua mudah tetapi ia tak boleh nak tambah macam2. Jadi, minta Sdra Sdri bersabar sedikit. InsyaAllah, semua akan beres sehari dua lagi. Kalau sesiapa yang boleh bantu, itu lagi baik. Bagitau saya. TK
Saturday, December 18, 2010
Salam perkenalan buat semua
SALAM sdra sdri sekelian! Nah! Seperti yang dijanjikan - ini dia blog sosial bagi kawan2 yang berkhidmat dengan akhbar Berita Harian/Berita Minggu. Buat masa ini, saya, Ahmadt atau AAT, mengendalikan blog ini. Blog ini bertujuan merapatkan silaturrahim kawan2 yang pernah dan sedang berkhidmat dengan BH/BM. Kandungannya lebih kepada berita sosial. Kalau ada kenduri kendara dan nak memberitahu rakan2, boleh masuk dalam blog ini. Kalau ada berita mengenai kelahiran mahupun kematian, pun boleh dimuatkan dalam blog ini. Buat masa ini saya tak memuatkan berita yang berat2. Kita tengok perkembangan dulu. kalau ada sambutan, mungkin boleh buat lagi satu blog khusus untuk hal2 yang berat. Oh ya, kalau nak jual-beli barang2 pun boleh masuk dalam blog ini. Ya, saya tahu bahawa barang2 yang nak dijual-beli boleh juga masuk dalam Mudah.my. Kalau masuk ke sini, tujuannya ialah untuk memberi keutamaan kepada kawan2.
Kalau nak bagi komen, elok sebut nama sekali. Oleh kerana ini blog sosial, elok letak nama sendiri. Tak susah dan tak menyusahkan. Kalau ada sesiapa yang nak maki hamun dan mencaci cerca, ini bukan medannya. Cari blog lain. Blog ini bertujuan mengeratkan persahabatan, bukan merosakkan persahabatan. Ayuh, mari kita berkongsi ilmu, maklumat, pengalaman. Moga2 usaha kita bersama ini mendapat restuNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)